SELAMAT BERSARA TN. HJ. SAFIE B. JAAFAR
Terlebih dahulu kami warga SK Paya Rumput, Sekolah Kluster Kecemerlangan ingin mengucapkan syukur Alhamdulillah
kerana dengan limpah dan kurniaNya telah memberi kami peluang berkhidmat bersama-sama Tn. Hj. Safiee B. Jaafar sebagai guru besar di sekolah ini. Untuk makluman, Tn. Hj. Safie B. Jaafar mula berkhidmat di sekolah ini pada 15 Oktober 2015 hingga 27 Ogos 2017. Selama tempoh beliau berkhidmat di sekolah ini, beliau telah banyak memberi tunjuk ajar dan nasihat yang amat berguna kepada kami warga pendidik dan juga semua kakitangan di sini.
Jasamu dikenang
Budimu tak terbilang
Semangatmu dijulang
Kepimpinanmu gemilang
Begitulah yang boleh kita perkatakan atas segala bakti dan
kepimpinan yang dilakukan oleh Tn. Hj. Safie B. Jaafar sepanjang
perkhidmatan beliau di dalam dunia pendidikan yang berakhir sebagai Guru Besar
di SK Paya Rumput, Sekolah Kluster Kecemerlangan.
0 comments:
Post a Comment