Waktu


INNA LILLAHI WA INNA ILAYHI RAJI'UN

| Thursday |





INNA LILLAHI WA INNA ILAYHI RAJI'UN 


          Al-Fatihah dan salam takziah kepada seluruh keluarga allahyarham Tn. Hj. Safie B. Jaafar. Beliau telah pergi selamanya menghadap ilahi pada hari Jumaat, 1 September 2017. Semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman dan soleh. Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.


SELAMAT BERSARA TN. HJ. SAFIE B. JAAFAR

| |


SELAMAT BERSARA TN. HJ. SAFIE B. JAAFAR

            Terlebih dahulu kami warga SK Paya Rumput, Sekolah Kluster Kecemerlangan  ingin mengucapkan syukur Alhamdulillah kerana dengan limpah dan kurniaNya telah memberi kami peluang berkhidmat bersama-sama Tn. Hj. Safiee B. Jaafar sebagai guru besar di sekolah ini. Untuk makluman, Tn. Hj. Safie B. Jaafar mula berkhidmat di sekolah ini pada 15 Oktober 2015 hingga 27 Ogos 2017. Selama tempoh beliau berkhidmat di sekolah ini, beliau telah banyak memberi tunjuk ajar dan nasihat yang amat berguna kepada kami warga pendidik dan juga semua kakitangan di sini.

Jasamu dikenang
Budimu tak terbilang
Semangatmu dijulang
Kepimpinanmu gemilang

                Begitulah yang boleh kita perkatakan atas segala bakti dan kepimpinan yang dilakukan oleh Tn. Hj. Safie B. Jaafar sepanjang perkhidmatan beliau di dalam dunia pendidikan yang berakhir sebagai Guru Besar di SK Paya Rumput, Sekolah Kluster Kecemerlangan.


Pautan

Speed Test

Test your Internet connection speed at Speedtest.net

Followers