Waktu


SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

| Wednesday |

 SELAMAT KEMBALI KE KE SKOLAH SESI 2017


            Sesi persekolahan 2017  telah bermula  pada 3 Januari 2016.  Ucapan selamat kembali ke sekolah diucapkan kepada semua warga guru, pentadbir, staf, pelajar dan juga ibu bapa/ penjaga SKPR SKK dan selamat datang kepada pelajar-pelajar baru Tahun satu. Selamat datang juga diucapkan kepada 10 orang guru baru yang memulakan tugas di SKPR SKK. Semoga dengan kehadiran cikgu akan menambah mutu dan meningkatkan prestasi para pelajar di sekolah ini. Tidak lupa juga diucapkan ribuan ucapan terima kasih kepada guru-guru yang telah berpindah ke sekolah baru dengan ucapan, semoga guru-guru lebih sukses di sekolah baharu.

           Adalah diharapkan, 2017 bakal membawa satu titik perubahan yang besar di bumi SKPR SKK  tercinta. Seperti kata pepatah “Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah / bermula di bawah tapak kaki seseorang.”
Kita kembali ke sekolah untuk sesi 2017 dengan penuh keazaman menempah kecemerlangan dunia dan akhirat.





Pautan

Speed Test

Test your Internet connection speed at Speedtest.net

Followers