Waktu


SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK PERINGKAT SEKOLAH 2016

| Thursday |


SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK 2016 PERINGKAT SEKOLAH

             SK Paya Rumput, 12 Oktober 2016: Telah berlangsung Sambutan Hari Kanak-Kanak 2016 Peringkat Sekolah. Sambutan ini bertujuan memberi penghormatan dan pengiktirafan kepada kanak-kanak dan mencetuskan kesedaran   kepada  kita   semua  bahawa   masyarakat   mempunyai   tanggungjawab   untuk menentukan   perlindungan, kebajikan,   kesejahteraan   serta   hak-hak   mereka   sentiasa dipelihara.

           Selain dari itu, kita juga harus memastikan perkembangan kanak-kanak secara holistik dari segi fizikal, kognitif, bahasa, sosio-emosi, sahsiah dan rohani serta melahirkan   generasi   yang   dinamik,   progresif,   aktif,   berdisiplin   dan berinovasi. Selain dari itu, tanggungjawab kita juga bagi melahirkan   bangsa   yang   memiliki   keperibadian   terpuji,   cemerlang, berbakat serta berwibawa.


HARI SUKAN NEGARA 2016 RUGBY CHAMPIONSHIP

| |



HARI SUKAN NEGARA 2016 RUGBY CHAMPIONSHIP

           Tahniah diucapkan kepada pemain rugby d'Rhinos bawah 10 SK Paya Rumput, Sekolah Kluster Kecemerlangan kerana memenangi Johan Cup pada Hari Sukan Negara 2016 Rugby Chamiponship, 8 Oktober 2016. Kemenangan itu boleh dianggap terbalas selepas kekalahan pemain rugby d;Rhinos bawah 10 pada d'Rhinos Cup pada bulan September yang lalu kepada pasukan rugby KL Tiger bawah 10.


LAWATAN PENANDA ARAS

| Friday |


LAWATAN PENANDA ARAS DARI MGB DAERAH SUBIS, SARAWAK



SELAMAT DATANG DI UCAPKAN KEPADA GPK KOKU

| |





SELAMAT DATANG DI UCAPKAN

           Selamat datang di ucapkan kepada Pn. Suriyati Binti Abdullah yang baru memulakan tugas sebagai GPK KOKU di SK Paya Rumput, Sekolah Kluster Kecemerlangan pada 22 September 2016. Di harap dengan kehadiran Pn Suriyati dapat memantapkan lagi barisan pentadbir sekolah ini dan mencipta pelbagai kecemerlangan dari bidang Kokurikulum.


SELAMAT MENDUDUKI UPSR 2016

| Monday |

SELAMAT MENDUDUKI UPSR 2016

Kepada semua calon UPSR 2016 SK Paya Rumput, Sekolah Kluster Kecemerlangan diucapkan selamat menduduki peperiksaan yang akan berlangsung mulai 05 September 2016 sehingga 08 September 2016. Semoga semua calon dapat menjawab dengan tenang dan baik semua soalan yang diberi.  Jangan lupa doa & selawat sebelum mula menjawab soalan yang diberikan.  Semoga kejayaan yang cemerlang akan dapat diperolehi pada tahun ini. InsyaAllah..


PROGRAM ANTI BULI / GANGSTERISME DAN GEJALA SOSIAL

| Friday |

PROGRAM ANTI BULI / GANGSTERISME DAN GEJALA SOSIAL

         Remaja sering kali dikaikan dengan gejala jenayah yang banyak menimbulkan masalah di dalam kehidupan masa kini. Vandalisme, gangsterisme dan buli merupakan jenayah yang seringkali kita dengan melalui media elektronik, media cetak mahupon percakapan orang ramai. Gejala ini sememangnya menimbulkan pelbagai masalah negatif dan secara langsung mempengaruhi jiwa remaja yang mudah memberontak dan ingin mencuba sesuatu yang baru. 

         Bagi menangani isu ini di peringkat sekolah rendah lagi, pihak sekolah khususnya Unit Kaunsling telah menjalankan satu program ceramah anti buli / gangsterisme dan gejala sosial  pada 24 Mei 2016 bertempat di kafeteria SK Paya Rumput. Ceramah itu telah disampaikan oleh pegawai polis dari IPK Bukit Beruang iaitu ASP Mohd Syukor B. Saad dan Tuan. Huzaimi.    

          Di harap para pelajar dapat mengambil ikhtibar dan nasihat yang telah disampaikan oleh penceramah itu tadi. Ribuan ucapan terima kasih diucapkan kepada Tuan Huzaimi dan juga ASP Mohd Syukor kerana sudi meluangkan masa untuk memberi ceramah serta nasihat kepada murid-murid tahun 5 SKPR.


PERTANDINGAN BAKAT MUZIK PERINGKAT NEGERI MELAKA 2016

| |

PERTANDINGAN BAKAT MUZIK PERINGKAT NEGERI MELAKA 2016

Khamis, 26 Mei 2016: Satu pertandingan bakat muzik peringkat negeri Melaka 2016 telah berlangsung di dewan SJK(C) Pay Hwa Paya Rumput Melaka. Pertandingan tersebut telah dikelolakan oleh  Sekolah Kebangsaan Paya Rumput SKK sebagai tuan rumah dan menggunakan dewan SJK(C) Pay Hwa sebagai venu pertandingan. 

Seramai 13 orang peserta dari sekolah-sekolah rendah seluruh negeri Melaka telah menyertai pertandingan tersebut dengan diiringi oleh guru pengiring dan juga ibu bapa pelajar. Tahniah diucapkan kepada pemenang-pemenang dan kepada yang tidak berjaya, jangan berputus asa kerana ini bukanlah penghujungnya.

                        Johan = Adik Chiok Ker Ying = SJK(C) Ayer Keroh

                        Naib Johan = Adik Swee Le Xuan = SJK(C) Ayer Keroh

                        Tempat Ketiga = Adik Mirza Raihan B. Muhamad Isa = SK Othman Syawal



PERTANDINGAN AKHIR SMARTKICK DAN FUNBALL PRA SEKOLAH PERINGKAT NEGERI MELAKA

| |

PERTANDINGAN AKHIR SMARTKICK DAN FUNBALL

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua guru, pembantu pengurusan murid, ustaz Sabri dan semua murid pra-sekolah SK Paya Rumput SKK dalam kejayaan:

           Futsal = Naib Johan peringkat negeri
                      = Naib Johan peringkat daerah

           Bola Jaring = Johan peringkat daerah
                              = Naib Johan peringkat negeri

Pertandingan akhir Smartkick dan Funball ini telah di adakan di gelanggang futsal Sport Arena Cheng Melaka pada 25 Mei 2016 yang dirasmikan oleh Tuan Pengarah JPN Melaka iaitu Tuan Haji Abu Bakar Bin Sahari.


HARI GURU 2016

| Monday |


             Guru adalah individu yang cukup berjasa yang tidak henti-henti mendidik anak bangsa yang terus menjadi pendukung dan pemimpin kepada negara. Kami dari warga SK Paya Rumput ingin mengucapkan selamat Hari Guru kepada semua guru-guru SKPR dan juga kepada semua yang bergelar guru tidak kira di mana pun mereka berada.  

            16 Mei merupakan hari yang cukup bermakna dan bersejarah bagi seorang guru di mana kita meraikan jasa dan pengorbanan mereka yang telah mendidik dan mengajar anak bangsa dengan penuh kesabaran dan kasih sayang. Tugas guru kini semakin hari semakin mencabar kerana inovasi dan kreativiti mereka amat diperlukan supaya pembelajaran dan pengajaran dapat disampaikan dengan berkesan kepada para pelajar. Jelas sekali, tanggungjawab sebagai guru bukanlah perkara yang mudah. 

            “Terima kasih untuk semua dedikasimu , terima kasih untuk semua pengorbananmu, terima kasih untuk semua perhatianmu wahai guruku”

             “Jasa-jasamu begitu sangat mulia, kau adalah guru yang terbaik bagi kami sepanjang masa. Nasihat dan juga bimbingan yang tulus darimu, akan selalu kami kenang selama-lamanya”




PROGRAM JELAJAH SIHAT

| Thursday |






PROGRAM JELAJAH SIHAT BERSAMA YEO'S DAN BERITA HARIAN

             06 April 2016, Satu program jelajah sihat anjuran Yoe's dan Berita Harian telah diadakan di cafeteria SK Paya Rumput pada pukul 10.30 pagi hingga pukul 12.00 tengah hari. Program ini melibatkan semua murid tahun 4 dan tahun 5 sahaja. Sedikit informasi dan taklimat ringkas serta kuiz berkenaan produk terbaru Yoe's iaitu Yeo's Yeogurt telah disampaikan oleh En. Jefri, wakil dari Yeo's. Selain dari itu, Yeo's juga ada memberi 600 kotak minuman produk baru mereka dan Berita Harian menyumbangkan 500 naskah surat khabar Berita Harian kepada murid-murid. 

Terima kasih diucapkan kepada Yeo's dan Berita Harian kerana sudi datang dan memberi sedikit informasi serta buah tangan kepada murid-murid. Tidak lupa juga ribuan ucapan terima kasih diucapkan kepada Unit Bimbingan Dan Kaunseling SK Paya Rumput iaitu Pn. Jaya dan juga Pn. Salinah dalam menjayakan program ini.


PENJAGAAN KESIHATAN ADALAH PENTING UNTUK SEMUA

| Tuesday |








CERAMAH KESIHATAN DARI JOHNSON'S BABY

          04 April 2016, satu ceramah kesihatan dari Johnson's Baby kepada murid tahap 1 telah diadakan di cafeteria SK Paya Rumput pada pukul 8.30 pagi. Ceramah itu telah disampaikan oleh En. Razak dan dibantu oleh 2 orang staf dari Jonson's Baby Kuala Lumpur. Ceramah yang disamapaikan selama hampir 1 jam 30 minit itu sedikit sebanyak dapat memberi tips dan membantu murid-murid dalam menjaga kesihatan diri sendiri. Selain dari ceramah, pihak Johnson's Baby juga ada memberi sedikit cenderahati kepada semua murid tahap 1. 

Terima kasih kami ucapkan kepada En. Razak dan pihak syarikat Johnson's Baby kerana sudi datang memberikan ceramah dan cenderahati kepada murid-murid.





KEM MEMBACA 1 MALAYSIA

| |



MAJLIS PELANCARAN PROGRAM KEM MEMBACA 1 MALAYSIA

            Kem Membaca 1Malaysia (KM1M) merupakan salah satu program Kementerian Pelajaran Malaysia di bawah Program Gerakan Tabiat Membaca. Program Kem Membaca 1Malaysia telah dimulakan kali pertama pada 26 Oktober hingga 5 November 2009. 

Berdasarkan surat arahan daripada Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia bertarikh 05 September 2012, Ruj:KP(BTP)-PSP8810/1/2Jld.4(32) telah mengarahkan semua sekolah di seluruh negara melaksanakan KM1M bermula dari 22 Oktober hingga 25 Oktober 2012 bertujuan untuk membina tabiat membaca dalam kalangan murid sekolah dengan tema ‘Pembacaan Pemangkin 1Malaysia’. 
 
Gimik  pelancaran Program (KM1M) di peringkat sekolah ini telah disempurnakan oleh Tn. Hj. Safie B. Jaafar, Guru Besar SK Paya Rumput. Program ini akan  bermula dari 4 April 2016 hingga 6 April 2016.  Di antara objektif program tersebutm ialah mengisi masa lapang murid selepas peperiksaan hujung tahun, menggerakkan program/aktiviti galakan membaca, memupuk minat membaca secara berterusan dan menjadikan PSS sebagai tempat rujukan bahan bacaan dan memperkukuhkan kemahiran maklumat dalam kalangan murid.


PROGRAM GOTONG ROYONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT (CSR)

| Wednesday |



PROGRAM GOTONG ROYONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT (CSR)

         Satu program Gotong Royong Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) jalinan Politeknik Merlimau Melaka bersama PPKI SK Paya Rumput telah diadakan pada 30 Mac 2016 dari 8.00 pagi hingga 2.00 petang bertempat di SK Paya Rumput, Sekolah Kluster Kecemerlangan. Di antara aktiviti program ini ialah mengecat dan membuat mural di banggunan PPKI SK Paya Rumput. Pelajar-pelajar yang terlibat dalam program ini ialah dari Jabatan Kejuruteraan Elektrik Politeknik Merlimau Melaka. 

Majlis perasmian penutup program ini tadi telah dirasmikan oleh timbalan menteri di Kementerian Sains, Teknologi  dan Inovasi iaitu YB Datuk Dr. Abu Bakar B. Mohamad Diah.


BENGKEL TEKNIK MENJAWAB SOALAN UPSR (SAINS)

| Thursday |






BENGKEL TEKNIK MENJAWAB SOALAN UPSR (SAINS) 

Pada 16 & 17 Mac 2016, satu bengkel teknik menjawab soalan UPSR (SAINS) untuk murid-murid darjah 6 telah dijalankan di dewan peperiksaan SK Paya Rumput. Sesi pembengkelan ini telah di sampaikan oleh En. Nasir Bin Sulaiman dari Sekolah Kebangsaan  Lereh. Bengkel ini bertujuan untuk mendedahkan kepada murid-murid dalam teknik menjawab soalan peperiksaan. Di antara objektif  pelaksanaan aktiviti ini ialah:

    • Mendedahkan murid-murid teknik menjawab soalan UPSR  dengan kaedah terkini.
    • Mengisi masa cuti murid-murid dengan aktiviti yang berfaedah.
    • Mencari kekuatan dan kelemahan murid-murid di SKPR.

Semoga dengan adanya aktiviti-aktiviti seperti ini, diharap pencapaian peratusan dalam UPSR pada tahun ini akan meningkat dan lebih cemerlang.


CUTI PERTENGAHAN PENGGAL PERTAMA 2016

| Friday |


CUTI PERTENGAHAN PENGGAL PERTAMA 2016

Selamat bercuti diucapkan kepada semua murid-murid SK Paya Rumput. Cuti pertengahan penggal pertama akan bermula pada 12 Mac 2016 hingga 20 Mac 2016. Cuti selama 9 hari ini adalah peluang dan masa yang terbaik untuk dimanfaat sepenuhnya oleh semua murid-murid. Peluang bercuti ini sepatutnya tidak dihabiskan hanya menonton tv atau berehat-rehat semata-mata, tetapi masa ini harus diisi dengan aktiviti-aktiviti yang lebih berfaedah dan bermanfaat.

 Kepada murid tahun 6 yang terlibat dengan kelas tambahan, diharap dapat hadir ke kelas tambahan seperti yang telah di tetapkan. Kepada ibu bapa penjaga juga diharap dapat memberi kerjasama dalam memastikan anak-anak mereka  agar dapat menghadirkan diri pada kelas tambahan tersebut. Dengan kerjasama yang diberikan oleh  ibu bapa ini di harapkan dapat membantu pihak sekolah bagi memastikan anak tuan/puan mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan kelak di atas usaha yang di berikan dengan harapan bersama agar mereka memperoleh kejayaan yang cemerlang.


SKPR TERUS TUNJUKKAN NILAI KEPERIHATINAN

| |



SUMBANGAN KEPADA MURID YANG SAKIT DAN DI MASUKKAN KE DALAM WAD

 Pada perhimpunan pagi tadi, seramai tiga orang murid iaitu adik Muhammad Aqil Hazim B. Mohd Anuar dari darjah 2 Impian Terbilang, adik Muhammad Adib Amsyar B. Zainee dari darjah 4 DLP Terbilang dan adik Che Muhammad Naqib B. Che Mohd Sanusi dari darjah 5 Impian Cemerlang telah menerima sedikit sumbangan dari Unit Kebajikan Sekolah. Sumbangan ini adalah untuk murid yang sakit dan dimasukkan ke dalam wad pada bulan Januari dan Februari 2016. 

Sumbangan itu tadi telah disampaikan oleh tuan guru besar Sekolah Kebangsaan Paya Rumput,  Sekolah Kluster Kecemerlangan iaitu Tn. Hj. Safie B. Jaafar. Di harap dengan sumbangan itu tadi, sedikit sebanyak dapat membantu dan meringankan beban kepada adik-adik dan juga keluarga. Semoga adik-adik cepat sembuh seperti sediakala dan dapat mengikuti pelajaran seperti biasa. 


MAJLIS PENYAMPAIAN BANTUAN KUMPULAN WANG AMANAH PELAJAR MISKIN (KWAPM) 2016

| Wednesday |


MAJLIS PENYAMPAIAN BANTUAN KUMPULAN WANG AMANAH PELAJAR MISKIN (KWAPM) 2016

Majlis penyampaian bantuan  Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM ) 2016 peringkat Sekolah Kebangsaan Paya Rumput, Sekolah Kluster Kecemerlangan. Tahniah diucapkan kepada pelajar-pelajar yang telah menerima bantuan KWAPM 2016. Seramai 69 orang murid dari tahun 1 hingga tahun 6 telah terpilih menerima bantuan tersebut. Bantuan itu tadi telah disampaikan oleh guru besar SKK SKPR iaitu Tn. Hj. Safie Bin Jaafar pada pukul 11.30 pagi bertempat di kafeteria SKPR.

Sila klik di sini untuk keterangan lanjut mengenai bantuan (KWAPM).




MURID SKPR BERAKSI DI GOLD COAST

| |





 TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA  ADIK WAFFIQ

Tahniah diucapkan kepada adik Waffiq Bin Khairul Tajudin kerana telah berjaya menyertai pertandingan Oceania Squash Junior Championships 2016 di Labrador Squash Oceania Gold Coast,  Australia pada 15 Januari 2016 - 18 Januari 2016. Dengan kejayaan adik Waffiq ini membuktikan bahawa kita bukan sahaja mampu bertanding di peringkat kebangsaan sahaja, malah kita juga mampu untuk bertanding di peringkat antarabangsa.



KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS

| |


KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS 2016

          Kursus kepimpinan pengawas 2016 ini telah diadakan pada 21 Januari 2016 di kantin sekolah. Pengawas sekolah adalah para pelajar yang terpilih yang diberikan tanggungjawab untuk membantu pihak sekolah, terutamanya dalam hal meningkatkan pencapaian disiplin para pelajar ke tahap yang lebih baik, mereka dianggap mata dan telinga sekolah. Pengawas juga adalah pelajar, mereka memerlukan keyakinan diri untuk bertugas dengan penuh dedikasi dan berketerampilan. Bagi merealisasikannya mereka memerlukan bimbingan dan panduan.

          Untuk mencapai ke tahap keyakinan diri dan kelicinan tugas mereka memerlukan bantuan pihak guru atau pihak sekolah untuk memberi motivasi dan tunjuk ajar kepada mereka. Para pengawas juga perlu mengetahui dengan jelas bidang tugas mereka serta mengetahui senario seluruh pelajar itu sendiri. percambahan fikiran dan minda adalah salah satu cara yang dapat memantapkan keyakinan terhadap tugas mereka.




Pautan

Speed Test

Test your Internet connection speed at Speedtest.net

Followers