Waktu


SELAMAT BERSARA PN. NOORSHA BT. MD SAID GPK1 SKK SK PAYA RUMPUT

| Thursday |


MAJLIS PERSARAAN PN. HJH. NOORSHA BT. MD. SAID

Selamat Bersara diucapkan kepada Pn. Hjh. Noorsha Bt. Md. Said setelah berkhidmat selama lebih 35 tahun sebagai seorang pendidik. Seluruh warga SK Paya Rumput  mendoakan semoga Pn. Hjh. Noorsha sentiasa diberi perlindungan dan kesihatan berpanjangan oleh Allah SWT serta dimurahkan rezeki dan berbahagia bersama keluarga tercinta. Terima kasih, selamat bersara dan jasamu tetap dikenang.


LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PETROSAINS KLCC

| |


LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PETROSAINS KLCC

Lawatan  ke  Petrosains  ini merupakan  aktiviti  yang  telah  dirancang  untuk  melaksanakan aktiviti di bawah kluster SAINS pada tahun ini. Aktiviti kokurikulum ini  telah  dijalankan  selama  sehari  iaitu  pada hari  Rabu, 11 November 2015 yang lalu. Ia melibatkan seramai 80 orang murid darjah 5 dan 10 orang guru pengiring. Lawatan sambil belajar ini bertujuan untuk menambah ilmu pengetahuan di samping merasai pengalaman serta aktiviti yang menarik yang tidak dapatdilakukan di sekolah.


KEPUTUSAN UPSR 2015

| Tuesday |



22 PELAJAR RAIH 5A

Keputusan UPSR 2015 hari ini menyaksikan SKPR terus mencatat keputusan yang membanggakan dengan  seramai 22 orang pelajar mendapat "A" dalam semua matapelajaran. Peratus kelulusan semua matapelajaran juga tidak mengecewakan walaupun mempunyai bilangan murid yang ramai tetapi mampu mencatat kelulusan keseluruhan sebanyak 85.33 % bersamaan 128 lulus semua matapelajaran  daripada 150 orang murid yang menduduki UPSR tahun ini. Semua matapelajaran juga mendapat kelulusan atas 85 %. GPS sekolah tahun ini adalah pada skor 1.91. Tahniah diucapkan kepada semua murid, guru dan juga ibu bapa yang telah bertungkus lumus dalam menghadapi UPSR 2015. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada kejayaan yang akan datang, dan kepada yang kurang berjaya diharapkan agar meningkatkan usaha untuk mencipta kejayaan di masa akan datang.


SAMBUTAN HARI KUALITI DAN HARI KANAK-KANAK SKK SKPR

| Friday |

     



SAMBUTAN HARI KUALITI DAN HARI KANAK-KANAK SKK SKPR

              Sambutan hari kualiti dan hari kanak-kanak peringkat SKK SKPR di jalankan serentak pada hari Jumaat, 13 November 2015. Majlis ini telah dirasmikan oleh YDP PIBG kita iaitu En. Hishamudin B. Abdullah dan dihadiri oleh wakil PPD iaitu En. Hazman B. Dollah.  Tahniah diucapkan kepada semua penerima hadiah dan juga penerima anugerah khas iaitu anugerah Tokoh Pelajar KSSR, Tokoh Pelajar Perempuan dan juga Tokoh Pelajar Lelaki. Pada pelajar yang menerima hadiah, diharap dapat meneruskan kecemerlangan hingga ke peringkat yang tinggi dan bagi pelajar yang tidak menerima hadiah, diharap dapat berusaha dengan gigih lagi.


Penyampaian Hadiah Kejohanan Ragbi, Majlis Penutup NILAM dan Perasmian Minggu Matematik SKK SKPR

| Monday |



             Tahniah diucapkan kepada semua pemenang program NILAM dan juga Kejohanan Ragbi. Semoga murid-murid dapat buat yang terbaek lagi untuk tahun akan datang. Bagi minggu matematik pula, banyak program akan dijalankan pada minggu ini, di harap murid-murid semua dapat mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti yang telah dirancang.


KEJOHANAN RAGBI ANTARABANGSA BUKIT BERUANG

| Tuesday |


KEJOHANAN RAGBI ANTARABANGSA BUKIT BERUANG KALI KE-2

       Bukit Beruang, 25 Okt- Pasukan ragbi SKPR (d'Rhinos) telah melakar kejayaan apabila menjuarai :

                           U7 = Naib Johan Plate
                           U8 = Johan Cup
                           U9 = Johan Plate
 
Di harap pasukan ragbi SKPR (d'Rhinos) dapat mengekalkan kejuaraan pada kejohanan-kejohanan yang akan datang.


| |


SELAMAT DATANG DAN SELAMAT BERTUGAS

        Selamat datang dan selamat bertugas di SKPR diucapkan kepada Tn. Hj. Safie B. Jaafar. Tn. Hj. Safie adalah guru besar baharu di SKPR bagi menggantikan En. Yahya B. Hj. Kamarudin yang telah bersara pada 13 Oktober 2015 yang lalu. Beliau mula bertugas pada di SKPR pada 15 Oktober 2015. Semoga SKPR dapat mengekalkan prestasi cemerlang dan dapat meraih anugerah-anugerah lain di bawah guru besar baharu. Insya Allah.....


| |


SELAMAT BERSARA GURU BESAR

        Ibarat belayar sudah tiba di pelabuhan, ibarat berlari sudah tiba di garisan penamatnya. Begitulah antonimnya sebuah perjalanan seorang guru. En Yahya Bin Hj. Kamarudin kini telah menamatkan perhidmatan beliau sebagai warga pendidik. Hampir 40 tahun juga beliau bergelumang dengan dunia pendidikan yang semakin hari semakin mencabar. Kini tiba masanya untuk beliau berehat bersama isteri dan keluarga.

            Beliau mula bertugas di SKPR bermula dari tahun 1998 hingga 2015, beliau juga telah banyak mengadapi pelbagai dugaan dan cabaran yang pastinya telah banyak menjadi petunjuk arah kepada semua guru yang berada di sekeliling beliau. Contoh yang baik dan sikap rendah diri beliau menjadikan semua warga SKPR selesa bila bersama beliau. Sikap bersahaja beliau juga turut menjadi sisipan memori bagi kami yang terus menjalankan tanggungjawab sebagai warga pendidik. 

            Jasamu di kenang....

 


MAJLIS PELANCARAN PROGRAM NILAM PERINGKAT SKK SK PAYA RUMPUT

| Monday |


           Majlis pelancaran program nilam peringkat sekolah SKK SK Paya Rumput ini telah di rasmikan oleh guru besar sekolah SKK SK Paya rumput iaitu En. Yahya Bin Kamarudin. ‘NILAM’ atau Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan penggabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai. Pelaksanaan program ini meliputi penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun dan markah dikumpulkan secara kumulatif sehinggalah mereka tamat persekolahan.

           Program ini ialah satu usaha Kementerian Pelajaran Malaysia dengan matlamat untuk membina tabiat membaca di kalangan murid. Bahagian Teknologi Pendidikan ialah urus setia di Kementerian Pelajaran yang ditugaskan untuk menyelaras program ini.

           Program ini telah mula dilaksanakan dengan Tahun Satu di sekolah rendah dan Tingkatan Satu atau Peralihan di sekolah menengah dengan rasminya pada 1999, melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pelajaran Malaysia Bil.13/1998: Program Membina Tabiat Membaca bertarikh 22 Mei 1998.


Pautan

Speed Test

Test your Internet connection speed at Speedtest.net

Followers