Waktu


a big congratulations to SKPR

| Friday |


Tahniah lagi diucapkan kepada para atlit SK Paya Rumput kerana mengharumkan nama SK Paya Rumput. Pada 20 April 2011, hari Rabu yang lalu, pasukan ragbi SKPR telah menjadi johan negeri setelah berhempas pulas mengalahkan  pasukan ragbi dari SK Sebatu dalam Kejohanan Ragbi Bawah 12 Tahun MSS Melaka 2011. Pasukan ragbi SKPR telah dibimbing oleh cikgu Nizam, cikgu Farizal dan cikgu Azharuddin. 


Dalam perlawanan akhir  bola baling lelaki bawah 12 tahun kawasan tanjung yang berlansung semalam di Sekolah Menengah Tun Haji Abdul Malek pula menyaksikan pasukan bola baling dari SK Tanjung Minyak bertemu pasukan bola baling dari SK Paya Rumput. Pasukan bola baling di bawah bimbingan cikgu Shafee, ustaz Habullah dan ustazah Siti Hanim ternyata tidak menghampakan jurulatih meraka setalah mengalahkan pasukan bola baling dari SK Tanjung Minyak. 


Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada mereka yang telah mengharumkan nama sekolah di persada negeri.


Kejayaan Demi Kejayaan Untuk Sk Paya Rumput

| Wednesday |


Tahniah, tahniah, tahniah.... Syabas Sk Paya Rumput. Selepas johan bola sepak bawah 12 tahun kawasan tanjung, kini johan sepaktakraw bawah 12 tahun pula dirangkul oleh pasukan sepaktakraw SKPR di bawah pimpinan cikgu Razali. Tahniah juga diucapkan kepada adik Amirul Haziq di atas kemenangan menjadi johan TILAWAH LELAKI  MTQ Peringkat Negeri Melaka. 


Tahniah SK Paya Rumput Kerana Diiktiraf Di Dalam Program Bai'ah

| Tuesday |

Cabaran baru kepimpinan sekolah melalui Bai'ah


KUALITI pengetua dan guru besar adalah penentu kepada program Tawaran Baru atau Bai'ah yang diumumkan Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yasin ketika berucap pada Majlis Perutusan Khas 2011 di Putrajaya baru-baru ini. Dalam ucapan itu, beliau telah memberikan cabaran baru kepada pengetua dan guru besar untuk meningkatkan prestasi sekolah ke tahap yang cemerlang.

Konsep Bai'ah ini amat mudah. Sekiranya prestasi sekolah melepasi tahap kecemerlangan yang ditetapkan, mereka akan diberikan ganjaran dalam bentuk kewangan. Jumlahnya amat menarik iaitu mereka layak menerima RM7,500 seorang. Sementara itu, lima peratus guru paling cemerlang akan menerima RM1,800 seorang dan guru lain diberikan RM900 seorang. Nama pengetua dan guru besar yang layak akan diumumkan pada pertengahan tahun ini.

Inisiatif ini ada kaitan dengan Program Transformasi Kerajaan di bawah Bidang Utama Keberhasilan Negara (NKRA). Apa yang jelas, tawaran ini akan membuka satu lembaran baru kepada tanggungjawab pemimpin dalam pengurusan dan pentadbiran sekolah. Pengetua dan guru besar bukan setakat menduduki kerusi teratas dalam hierarki organisasi sekolah, tetapi kualiti mereka akan menentukan sama ada sekolah yang mereka terajui berada di tahap cemerlang.


Pertandingan Mewarna Prasekolah Sempena Karnival Pendidikan Melaka 2011

| |



Pertandingan Mewarna Prasekolah Sempena Karnival Pendidikan Melaka 2011
Tarikh : 7 Mei 2011
Tempat : Dewan MITC Ayer Keroh,

Maklumat Penting :
1)     Setiap sekolah yang mempunyai kelas Prasekolah yang akan menyertyai pertandingan mewarna prasekolah sempena Karnival Pendidikan Melaka 2011 diminta menyediakan set :-
-          Nama peserta/Murid Prasekolah
-          Nma sekolah pada sehelai kertas biru muda, saiz kertas ¼ kertas A4

2)     Kertas bewarna biru muda yamg mengandungi nama murid dan sekolah wajib dibawa ke tempat pertandingan untuk diserahkan di kaunter pendaftaran. Satu salinan mesti dihantar ke PPD Melaka Tengah untuk perhatian Cik Tan Chin Hye – Unit Pengurusan Sekolah ( Prasekolah ) PPD Melaka Tengah.
Sebarang pertanyaan sila hubungi Cik Tan Chin Hye di talian 06-2314504

Suber dari,
PPD Melaka Tengah.


Fadhilat Jumaat

| Friday |



ALBAZZAR meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w biasa memotong kuku dan menggunting misai sebelum keluar untuk solat Jumaat. Nabi Muhammad s.a.w bersabda: Siapa yang membaca surah Ali Imran pada hari Jumaat maka akan didoakan oleh malaikat hingga malam.
Nabi Muhammad s.a.w bersabda: Siapa membaca pada pagi Jumaat sebelum solat Subuh, Astagh Firullahalladzi la ilaha illa huwal hayyul qayyum wa atubu ilahi’ tiga kali, nescaya Allah akan mengampunkan dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di laut.

Dari Abu Hurairah r.a katanya, dia mendengar Nabi s.a.w bersabda: Janganlah kamu berpuasa pada hari Jumaat melainkan bersama satu hari sebelumnya atau sesudahnya.
Pada hari Jumaat dijadikan ada saat mustajab; tiada seorang berdoa bertepatan dengan saat itu melainkan pasti doanya diterima selagi tidak berdoa untuk kejahatan atau memutuskan hubungan keluarga.

Nabi Muhammad s.a.w bersabda: Siapa yang berwuduk sahaja untuk menghadiri solat Jumaat adalah sudah baik (memadai), tetapi siapa yang mandi maka adalah terlebih baik.
Nabi Muhammad bersabda: Sesungguhnya hari-hari yang utama bagi kamu iaitu hari Jumaat maka perbanyakkanlah membaca selawat padaku kerana bacaan selawatmu itu langsung disampaikan kepadaku (pada hari Jumaat).


Pertukaran Khas Ke Sabah

| Wednesday |



Makluman kepada guru-guru,
Guru-guru yang berminat untuk bertukar ke Sabah, sila kemukakan borang permohonan
melalui eG-Tukar mulai 1- 8 April 2011. Permohonan akan diproses selama seminggu dan
tarikh pertukaran bermula pada 1 Mei 2011.
Justeru itu, pemohon boleh mengkases aplikasi eG-Tukar ini melalui laman web Kementerian
Pelajaran Malaysia seperti berikut :

Sekian, terima kasih
Sumber:
Unit Menengah, Jabatan Pelajaran Melaka


PERTUKARAN GURU ANTARA NEGERI, DALAM NEGERI DAN ANTARA DAERAH JUN 2011

| Monday |



Permohonan secara on-line ini dibuka mulai 01 April hingga 27 April 2011 kepada guru

Gred DGA29, DG41, DGA32 (KUP time base), DG44 (KUP time base) dan DG48 (KUP time

base) sahaja serta mematuhi garis panduan pertukaran guru seperti yang dinyatakan dalam

surat siaran. Manakala guru Gred DGA32, DGA34, DG44 dan DG48 hakiki perlu memohon

secara manual dengan menggunakan borang manual (berasaskan Excel) yang boleh

diperolehi dari laman web e-GTukar dan dihantar melalui sekolah ke JPN/Bahagian untuk

dihantar ke Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Permohonan guru bagi Jun 2010 juga hanya dibuka untuk kes-kes Permohonan Pertukaran seperti berikut:  
     i    Mengikut suami/isteri yang telah berada di negeri yang dipohon.

     ii   Ancaman keselamatan (disertakan laporan polis).

     iii  Kes kesihatan yang kronik bagi pemohon (disertakan laporan kesihatan

         daripada doktor pakar kerajaan).

         (* Bagi kes ii dan iii, sila serahkan laporan polis atau laporan kesihatan

            kepada JPN)


Justeru itu, pemohon boleh mengakses aplikasi e-GTukar ini melalui laman web Kementerian Pelajaran Malaysia seperti berikut:-
Sumber,
PPD Melaka Tengah


Pautan

Speed Test

Test your Internet connection speed at Speedtest.net

Followers