Waktu


sudakah anda menyemak data Hermis

| Monday |


Maklumat Profil Perkhidmatan Dalam HRMIS
Semua pemilik kompetensi dinasihatkan menyemak profil perkhidmatan masing-masing dalam HRMIS bagi memastikan maklumat adalah betul dan kemas kini. Bahagian Pengurusan Sumber Manusia agensi perlulah dimaklumkan untuk sebarang pengemaskinian, jika ada.


Apakah HRMIS?
•    HRMIS merupakan satu sistem aplikasi yang mencakupi keseluruhan aspek pengurusan sumber manusia bermula dari pelantikan penjawat awam hingga mereka bersara.
•    HRMIS adalah satu pendekatan baru pengurusan sumber manusia yang komprehensif dan bersepadu bagi mengatasi pelbagai halangan pengurusan dalam sektor awam.
•    HRMIS telah dibangunkan dan kini sedang dilaksanakan oleh seluruh Perkhidmatan Awam Malaysia secara berperingkat. HRMIS akan menjadi sistem tunggal pengurusan sumber manusia sektor awam.



Eduweb TV

| Wednesday |


Untuk makluman semua, Kementerian Pelajaran Malaysia telah memutuskan untuk menyiarkan Rancangan TV Pendidikan melalui web mulai 1 Mac 2008. Sehubungan itu, KPM telah membuat beberapa ketetapan berikut mengenai pelaksanaan Web TV KPM.
Web TV KPM akan menyiarkan tujuh jenis rancangan iaitu:

1) Berita: Saluran ini mengandungi paparan selama 30 minit setiap hari mengenai acara dan aktiviti penting KPM serta warga pendidikan; 

2) Wawancara: Saluran ini memuatkan temu bual dengan personaliti KPM atau yang berkait dengan bidang pendidikan mengenai pengupasan isu-isu semasa serta mempromosi inisiatif pendidikan;

3) Akademik: Saluran ini memaparkan perkongsian ilmu yang akan dihoskan oleh pegawai, guru serta personaliti KPM mengenai amalan-amalan terbaik dalam pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan pendidikan;

4) Rencana: Saluran ini mempamerkan dokumentan menarik mengenai peristiwa, pengalaman serta pencapaian warga KPM;

5) Interaktif: Saluran ini memuatkan bahan-bahan untuk guru dan murid menambahkan ilmu secara interaktif;

6) Rancangan TV Pendidikan: Saluran ini mengandungi bahan-bahan pendidikan yang dihasilkan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan Malaysia; dan

7) Siaran Langsung: Saluran ini akan menyiarkan acara-acara KPM secara langsung melalui internet.

URL bagi Web TV KPM ialah www.eduwebtv.com dan boleh dicapai pada bila-bila masa. Bahagian, Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah dan semua institusi pendidikan di bawah kawalan Kementerian Pelajaran Malaysia adalah digalakkan untuk bekerjasama dengan krew EduwebTV dalam usaha mereka menerbit rancangan Web TV KPM.



UJIAN SARINGAN PERMATApintar

| Monday |

                permata_ukm_1

Assalamualaikum wbt. dan Salam Sejahtera. Untuk makluman semua, pencarian bakat pelajar pintar cerdas saringan peringkat pertama ujian dalam talian UKM1 telah diadakan secara online mulai 1 Februari - 30 April 2011. Penyertaan terbuka kepada semua pelajar berusia antara 8 - 15 tahun. Sesiapa yang berminat boleh layari laman web http://www.permatapintar.edu.my untuk maklumat lanjut. Sekian. Harap maklum.
 


Kejohanan Akuatik MSSN Melaka Kali 38, 2011

| Saturday |

Pada 16 & 17 Februari yang lalu, kejohanan Akuatik MSSN Melaka telah pun berlansung di Pusat Akuatik Stadium Hang Jebat, Melaka dengan Sk Paya Rumput sebagai pengelola kejohanan. Sebanyak lebih kurang 30 buah sekolah menengah dan rendah negeri Melaka telah mengambil bahagian dalam 90 acara yang dipertandingkan  pada hari kejohanan tersebut. Ucapan terima kasih dan tahniah diucapkan kepada perenang-perenang SK Paya Rumput di atas kejayan mereka dan tidak lupa juga ucapan jutaan terima kasih diucapkan kepada semua warga SK Paya Rumput yang terlibat secara lansung dan tidak lansung dalam menjayakan kejohanan tersebut.


Majlis Pelancaran Program Nadi Ilmu Amalan Membaca (NILAM)

| Monday |


Isnin 14 Feb 2011- Majlis Pelancaran Program Nadi Ilmu Amalan Membaca (NILAM) telah disempurnakan oleh Guru Besar SK Paya Rumput En. Yahya B. Kamarudin. Semoga dengan pelancaran majlis ini dapat meningkatkan lagi motivasi murid untuk terus menjadikan tabiat membaca terus tertanam dalam jiwa setiap murid sekolah. Setiap tahun Pusat Sumber Sekolah yang diketuai oleh guru media, Pn Zahrani akan memastikan setiap murid tidak terlepas daripada menyertai program ini. Pelbagai insentif galakan kepada murid yang berjaya dalam program NILAM bagi membentuk keperibadian murid yang sentiasa membaca dan menambah ilmu.


Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1432 Masihi, 2011

| |


Alhamdulillah, segala puji dan puja kita rafaakkan kepada Allah yang telah memberikan pelbagai nikmat kepada kita, Selawat dan salam buat junjungan besar tercinta Nabi Muhammad SAW, penutup sekalian para nabi dan rasul, penunjuk jalan al-haq dan daie sepanjang jalan. Sempena bulan mulia ini, kami warga SK Paya Rumput menyeru seluruh umat Islam supaya sentiasa bertakwa kepada Allah dan mengingati sejarah pengorbanan Rasulullah SAW dalam menegakkan agama Islam dengan membanyakkan selawat kepadanya. Selamat menyambut Maulidur Rasul 1432.


PROGRAM BINA INSAN GURU (BIG)

| Saturday |

Pada 11 Februari 2011(Jumaat), Program Bina Insan Guru (PIG) Fasa V Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan  PISMP Semester 5/11 IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Paya Rumput.  Program ini merupakan salah satu komponen BIG PISMP yang wajib disempurnakan. 

Objektif program ini ialah memberi pendedahan kepada guru-guru pelatih memahami realiti persekitaran dan responsif secara positif kepada keadaan dan keperluan persekitaran yang berbeza dan menggunakan ilmu kemahiran dalam perlaksanaan sesuatu tindakan, amalan atau aktiviti.

Guru Besar SK Paya Rumput En. Yahya Bin Kamarudin telah memberikan pengenalan serba sedikit mengenai  SK Paya Rumput dan ciri-ciri guru cemerlang selama 2 jam. Turut hadir ialah Dr Tan Chye Choo sebagai mentor kepada guru-guru pelatih yang hadir. Diharap segala maklumat yang disampaikan dapat dimanfaatkan dan digunakan oleh guru-guru pelatih suatu hari nanti.


PERTUKARAN URL PORTAL JABATAN PELAJARAN MELAKA

| Thursday |

Untuk makluman semua Portal Rasmi Jabatan Pelajaran Melaka telah selesai dimigrasi ke hosting di Kementerian Pelajaran Malaysia pada 3 Januari 2011. Sehubungan dengan itu,
URL portal jabatan : www.jpnmelaka.gov.my telah bertukar kepada : www.moe.gov.my/jpnmelaka


Lawatan Perkongsian Pintar Ke SK Serkam Darat, Merlimau Melaka

| Wednesday |


Pada 1 Febuari yang lalu, unit ICT SKPR telah mengadakan lawatan perkongsian pintar ke Sekolah Kebangsaan Serkam Darat. Seramai 10 orang guru termasuk Guru Besar dan guru-guru dari unit ICT SKPR terlibat dalam lawatan penanda aras tersebut. Lawatan yang bertujuan untuk berkongsi maklumat dan membuka minda ini membawa banyak manfaat kepada guru-guru SKPR.  Lawatan bermula pada 9.00 pagi dan berakhir pada 12.00 tengahari. Tahniah diucapkan kepada SK Serkam Darat diatas pelbagai inisiatif yang diambil untuk mewujudkan iklim pembestarian sekolah. Terima kasih kami ucapkan kepada SK Serkam Darat, terutamanya guru besar Puan Normi Binti Jantan, guru penyelaras bestari Cik Sufiahana dan semua warga SK Serkam Darat kerana sudi menerima kunjungan SK Paya Rumput dan berkongsi idea dan pengalaman dalam membestarikan sekolah. Segala perkongsian yang telah diberikan sememangnya sangat berguna dan akan cuba kami aplikasikan di SK Paya Rumput.



Majlis Penyerahan Watikah Perlantikan Pengawas 2011

| |



Pada 31 Januari yang lalu, satu majlis penyerahan watikah perlantikan pengawas 2011 telah diadakan. Majlis yang bermula seawal pukul 7.20 pagi itu dirasmikan oleh wakil pengarah Jabatan Bomba Dan Penyelamat Negei Melaka. Semoga semua pengawas yang dilantik dapat menjalankan tugas sebaik mungkin.


Pautan

Speed Test

Test your Internet connection speed at Speedtest.net

Followers