Waktu


Hari Pendaftaran Murid Tahun 1 SKPR

| Thursday |




Hari ini merupakan hari yang bersejarah bagi anak-anak yang baru melangkah ke alam persekolahan. Macam-macam ragam dan karenah anak-anak dapat kita lihat, ada yang menangis dan ada juga yang gebira. Begitulah keadaannya di SKPR hari ini. Selamat datang kami ucapkan kepada murid tahun 1.


Majlis Perpisahan Cikgu Azman

| Wednesday |



“Bukan Perpisahan Yang Aku Tangisi, Tapi Pertemuanlah Yang Aku Sesali” Begitulah sebuah kalimah yang sering keluar ketika ada seseorang yang akan berpisah dengan kita. Sepertinya menyesali sebuah pertemuan. Tapi itu lah “HIDUP”. Semuanya saling berpasangan ada Siang-Malam, Jahat-Baik, dan Pertemuan, pasti ada Perpisahan. 

 Begitulah kisahnya kita di SKPR. Cikgu Azman akan bertukar ke Sabah, negeri di bawah bayu. Cikgu Azman merupakan seorang cikgu yang amat berdedikasi dan mempunyai komitmen yang tinggi pada setiap tanggungjawab yang diberikan kepadanya. Perpindahan cikgu Azman adalah kehilangan yang besar bagi kami warga SKPR dan anak-anak didiknya terutama dari seni tarian di bawah bimbingan beliau. Walau apa pun, kami di sini ingin mengucapkan selamat bertugas di sekolah baru dan semoga memberikan perkhidmatan yang cemerlang walau di mana pun berada. Akhir kata, jangan "delete" kami warga SKPR dari memori cikgu.
Selamat maju jaya dan selamat bertugas.


Rancangan Tahunan Kurikulum Standard Sekolah Rendah Tahun 1 (KSSR) - 2011

| Tuesday |

Rancangan Tahunan Kurikulum Standard Sekolah Rendah Tahun 1 (KSSR) - 2011 Cetak E-mail



Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Tahun 1 bagi sekolah rendah seluruh negara akan dilaksanakan mulai tahun 2011 sepertimana yang terkandung dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 11 tahun 2010 bertarikh 14 Oktober 2010. Sehubungan itu bagi membantu melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran KSSR pada tahun 2011, guru-guru diminta memuat turun Rancangan Pelajaran Tahunan KSSR 2011 melalui laman sesawang Jabatan Pelajaran Melaka http://www.jpnmelaka.gov.my mulai 24 Disember 2010.
Rujukan : -


Semakan Keputusan Penempatan Murid Ke Kelas Rancangan Khas (KRK) 2011

| |

Semakan Keputusan Penempatan Murid Ke Kelas Rancangan Khas (KRK) 2011 Cetak E-mail


semakanrka
Semua ibu bapa dan murid Tahun 6 yang bakal ke Tingkatan 1 2011 boleh menyemak Tawaran Kemasukan Ke Tingkatan 1 di Kelas Rancangan Khas (KRK) melalui Sistem Semakan yang sama untuk ke SMKA/KAA/SABK yang disediakan : http://apps.moe.gov.my/espimelaka/ atau klik pada bunting di atas.
Sebarang kemusykilan, sila rujuk Unit Menengah, Jabatan Pelajaran Melaka di talian 06-23235060/ 232 5776.


Mesyuarat Guru

| Monday |

Adalah dimaklumkan bahawa: Satu mesyuarat Guru-guru SKPR akan diadakan sebagaimana berikut:

Tarikh     : 28 December 2010

Hari          : Selasa

Tempat   : Bilik Mesyuarat

Masa        : 8.00 pagi


Diharap semua guru SKPR dijemput hadir.....Kerjasama dari anda semua sangat-sangat diharapkan demi menjayakan mesyuarat pertama bagi sesi 2011.


Kemaskini Lesen Kaspersky

| |




Kementerian Pelajaran Malaysia telah bersetuju melanjutkan tempoh tamat lesen operasi AntiVirus Kaspersky sehingga 2011. Sehubungan itu, aplikasi Kaspersky yang dipasang di semua institusi pendidikan yang menggunakan talian schoolnet dikehendaki mengemaskini lesen tersebut.
Panduan muat turun dan instalasi aplikasi tersebut boleh didapati di sini.
Aplikasi Kaspersky tersebut boleh dimuat turun dari Laman Web Kaspersky.


Lagu sekolah

| |

Berusaha hingga berjaya
Cogankata kita bersama
Putera putri sekolah ini
Berkhidmat untuk berbakti
Pelajar mesti
Buat jasa
Pada Allah dan negara

Ayuhlah kawan
Berusaha dan waspada
Jangan ketinggalan
Mencapai cita jaya

Sekolah kebangsaan Paya Rumput
Sekolah yang kami cinta
Kan mendidik kan mengasuh
Putra putri negara
Hormat pada orang tua
Ibu bapa dan semua.


Logo Sekolah

| |

  • Obor = Semangat yang membawa untuk memaju diri ke peringkat yang lebih tinggi.
  • Buku = Sumber yang lebih tinggi.
  • Biru  = Semangat perpaduan.
  • Putih = Kesucian yang berterusan pada minda dan hati.
  • Hijau = Membawa maksud kedamaian, kemakmuran, dan keharmonian yang terus terpatri di hati dan sanubari.
  • Kuning = Sinar harapan mencapai wawasan gemilang.


Pelan Lokasi

| |

Sekolah Kebangsaan Paya Rumput merupakan sekolah luar bandar yang terletak kira-kira 12.8 kilometer dari bandar Melaka.


Sejarah SKPR

| Wednesday |

Sekolah Kebangsaan Paya Rumput adalah sebuah sekolah luar bandar.  Jarak dari Bandar Melaka ialah 12.8 Km. Sekolah ini dibina pada tahun 1885 dengan seorang pentadbir juga tenaga pengajar bagi 20 orang murid. Tahun demi tahun infrasuktur sekolah ini terus dibangunkan sehingga hari ini. Sekolah Kebangsaan Paya Rumput mempunyai 4 blok banggunan yang dilengkapi dengan semua kemudahan asas yang setara dengan keperluan sesebuah sekolah. Sekolah Kebangsaan Paya Rumput merupakan sekolah 1 sesi. Bilangan murid pada tahun 2007 adalah seramai 911 orang murid. Tenaga pengajar seramai 45 orang guru beserta seorang pentadbir, seorang pembantu am rendah dan 4 orang pekerja swasta.

Sekolah ini merupakan sebuah sekolah bantuan penuh kerajaan. Kanak-kanak normal yang belajar di sekolah ini akan mengikuti aliran perdana. Bagi murid yang lemah akan diberi peluang untuk memulihkan pelajaran mereka di kelas Intervensif dan murid yang bermasalah dalam pembelajaran akan belajar di kelas Pendidikan Khas. Selain itu, sekolah ini juga mempunyai kelas Pra-sekolah. Pada tahun murid sekolah ini berjumlah 501 dan tenaga pengajar seramai 26 orang. Penduduk Paya Rumput semakin bertambah. Pada tahun 1988, satu bangunan empat tingkat telah dibina dan pada tahun 2001 sebuah lagi bangunan empat tingkat dibina untuk menampung murid berjumlah 856 pada tahun 2006, dan tenaga pengajar 44 orang.

 Pada tahun 2009, bilangan murid adalah seramai 920 orang dan tenaga pengajar seramai 56 orang. Sekolah Kebangsaan Paya Rumput telah banyak mengalami perubahan dan pengubahsuaian dari masa ke semasa mengikut keperluan dalam era menuju ke alaf globalisasi. Hasrat untuk menjadikan sekolah Kebangsaan Paya Rumput sebuah sekolah yang cemerlang dalam akademik, sahsiah dan kokurikulum telah menjadi kenyataan. Sekolah Kebangsaan Paya Rumput juga telah dapat mengekalkan pencapaiaan UPSR di tahap cemerlang bermula tahun 1998 dan berada di tahap yang gemilang pada tahun 2002 hingga 2005.

Tenaga pengurusan dan pentadbiran, guru-guru, PIBG serta ibu bapa dan penjaga mempunyai VISI dan MISI yang sama serta mempunyai semangat esprit de corp ( rasa sepunya) untuk menggembeling tenaga bagi mengekalkan kecemerlangan dan kegemilangan Sekolah Kebangsaan Paya Rumput.  


Pautan

Speed Test

Test your Internet connection speed at Speedtest.net

Followers